Thursday, 12 March 2015

KEPUTUSAN SPM 2014

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah hari yang dinanti-nanti kini telah tiba. 3 Mac 2015 adalah tarikh pengumuman SPM utntuk anak ku Anis Nadia Binti Ishak...syukur dengan ketentuan Allah, Setiap manusia memang mengimpikan yang terbaik tapi keputusan 6A yang diperolehi oleh anakanda tersayang sudah cukup mengembirakan hati ayah dan bonda. setelah segala usaha dipertaruhkan maka itulah yang ditentukan oleh Allah ke atas setiap hambanya. Kejayaan bukanlah dinilai daripada bilangan A tapi usaha dan keberkatan mencari ilmu itu yang paling utama. selepas ni masing-masing akan mula memikirkan ke arah mana hala tuju yang perlu di fokuskan oleh anak-anak kita.. Kemasukan permohonan @upu menjadi pertaruhan dan berdoa lah kepada Allah semoga dipermudahkan segala urusan selepas ini. Mana tawaran yang bakal tiba perlu diterima dengan hati terbuka.. perjalanan masih jauh anak ku untuk membuktikan kecemrlangan mu pada masa hadapan....Semoga Berjaya anakanda Anis nadia tersayang.......