Tuesday, 6 January 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015

assalamualaikum Wbt

Syukur kepada Allah kerana msih diberi kesempatan untuk mengecapi nikmat dunia untuk sementara waktu pada tahun 2015 ini. Syukur kepada Allah masih diberi kekuatan kesihatan fizikal dan mental, kemudahan, kesenangan, kebahagiaan dan ketenangan bersama keluarga tercinta. 

2014 yang ditinggalkan terlalu banyak cabaran pahit manis tapi syukur ujian2 Allah adalah ujian yang mampu aku lalui dengan tenang. Apa yang baik dijadikan pengajaran dan yang buruk itu dijadikan sempadan.

my Beloved Family

Tahun 2015 ini biasalah dengan semangat baru walaupun sedih dan hiba dengan musibah yang melanda negeri dengan bah besar.. Sesungguhkan semuanya sebagai petanda kekuasaan Allah kepada hamba2nya samada yang beramal soleh atau tidak. Kita yang masih sihat dan selamat ini hendaklah sama2 mendoakan kesejahteraan mangsa-mangsa banjir yang hilang penempatan dan sebagainya.

Tahun 2015 ini juga biasanya akan cuba mengawal pemakanan supaya lebih sihat dan memperbanyakkan amal ibadat sebagai bekalan di hari akhirat kelak. Semoga Allah memberi kekuatan dan istiqamah dalam amal ibadat yang dilaksanakan. Cabaran kerja juga tidak dapat dielakkan. Semoga Allah memberi kekuatan dalam pengurusan masa dan semangat ditempatkerja dimurahkan rezeki dan bersama semua kawan2 menghadapi cabaran kerja pada tahun 2015 ini.

5 Januari 2015 ibu kesayangan telah menjalani operation catarac...alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan semoga emak sembuh dengan cepat... Aamiin..